Quantcast
Channel: Huda Luna Hussin
Viewing all 113 articles
Browse latest View live

Our Love Nest : Progress December 2014

$
0
0
Assalamualaikum.

Bulan November berkali nak jenguk site tapi tak boleh nak jenguk sebab asyik hujan tanah lecak. Nak naik dengan myvi memang tak laaa. Tenggelam myvi iols karang. HAHAHAHHA.

Ade la jiran-jiran yang ade kereta besar besar masuk site dan share gambar. Tapi feeling dia tak sama. Hahaha ambil gambar orang dan upload. Kita tak turun site. Tak sama feeling dia. *mengada*

So baru ni turun la site kejap. Rumah kitorang row 5 dah siap cat dah. Happy tengok. Hehe. Bayaran bulanan interest pun HAHAHAHAHAAH la jawapan dia. Nangis nak bayar. Kemain mencekik pulak ha RHB ni. Benci betul. Ipin dah hantar email tanya apesal disburst kemain banyak melampau. Padahal before ambil loan hari tu kemain sales person banker tu kata tak kan lebih 500MYR. Taik dia la. Grr!


Bahagia tengok rumah sebahagia tengok duit mengalir keluar bayar. KAH KAH KAH

Tak boleh nak tengok dekat-dekat apa tah lagi masuk dalam sebab lecak teruk tanah tu. Hahaha. Tak apa bulan depan kita datang lagi k.

Rumah row depan dah siap dah fencing bagai. Bukan pagar hijau. Ai laike!





Ok bye!

Our Love Nest : Progress January 2015

$
0
0
Assalamualaikum

Dah lama tahun baru, hari ni baru aku nak post. Pending post banyak dalam draft tapi tak rajin nak habiskan. Nak tulis tu rasa macam berat nak type. Semua sebab kepala otak pening pikir mana nak cari duit nanti nak reno rumah la apa la semua.

Alhamdulillah. Rumah dah nak siap dah. Memang tak sabar nak masuk cepat. Ahad lepas pergi melawat site. Rumah dah cat. Defect pun developer dah inspection. HAHAHA. Tak dapat la claim defect macam ni. Pandai diorang kan. Grrr.

Row depan sekali. Pagar dah pasang. 

Berdiri teguh gitu depan rumah sendiri. Our Love Nest.

Hari khamis ni nak masuk site lagi. Nak ambil gambar banyak sikit dengan gambar dalam rumah.

Ok Bye!

Kita Makan : Indobowl Cafe @ Lake Fields Sungai Besi

$
0
0
Assalamualaikum semua!

Alright. Hari ni aku nak update cerita makan lunch kitorang 9hb December hari tu. Bab makan memang boleh serah dekat aku. HAHA. Kalau aku tak habiskan, husband aku akan tolong habiskan. Tapi so far memang dedua orang kuat makan. Kitorang pun suka food hunting cari tempat makan best dekat Kuala Lumpur dengan Selangor ni.

So, alkisahnya hari tu kitorang makan dekat INDOBOWL CAFE at Lake Fields Sungai Besi. First time tau yang Indomie ada restaurant/cafe khas untuk yang buat makanan dari Indomie.

Indobowl Menu

Konsep restaurant ni Indonesian Street Food yang based on Indomie. Teringat zaman belajar dulu or order dekat makan sure order Indomie Telur mata. Tapi yang special kat Indobowl Cafe ni, ada macam macam jenis menu yang ada dan diorang served dengan sambal hijau or sambal merah. Memang terbaik la pedas dia!


Self Service

Yes. Restaurant ni self service. Menu dah terletak dekat atas meja. Pilih menu yang korang nak dan order di kaunter dan terus bayar. Tak lama lepas tu tingg makanan sampai dihidangkan. Dan boleh makan. 

Meh nak share menu yang kitorang makan hari tu. Perghhh marvelous tau. Serious jumaat tu aku repeat dengan officemate pulak. Diorang pun suka tak terkata dan siap plan untuk next trip to Indobowl lagi untuk makannnnnn.

Menu Indobowl
Dari atas kiri : Indomie Iga, Indomie Cheese Chicken chop
Dari bawah kiri : Indomie Salted Egg Chicken, Nasi Goreng Giler

Menu Indobowl
Dari atas kiri : Soda Gembira, Es Cendol, Chicken Satay
Dari bawah kiri : Ropang Cheese, Ropang Coklat Keju

Ok sure ada yang pelik. Meh nak share sikit knowledge walaupun kita tengah makan.

Apa tu IGA. Iga tu bahagian daging lembu dekat rusuk lembu. Iga ni bahasa Indonesia untuk bahagian rusuk aka ribs. Sumpah sedapppp weh! 

Ropang pulak shortform untuk Roti Panggang. (Ro)ti (Pang)gang. Jadi la namanya ropang. Sedap betul Ropang Coklat Keju tu.

Tadi tu aku share gambar combine empat. Meh nak share full view gambar dari angle atas bagi korang terliur banyakkkk lepas tengok gambar ni.

Menu Indobowl
Temptingnya tengok gambar ni balikk


Indobowl Menu
Dah tak sabar nak makan sebenarnya ni.

By the way, aku suka decoration dan interior dekat Indobowl Cafe ni. Edit sikit gambar guna Adobe Lightroom, wallahh cantik nyaaaa. I love to use my imagination masa masuk sesatu kedai tu untuk ambil angle gambar sebelum edit.

Indobowl Cafe

Indobowl Cafe

Indobowl Cafe

Indobowl Cafe
Dekat rak ni ada jual Indomie dan wafer

Indobowl Cafe

Untuk info korang, Indobowl ada dua branch. Satu dekat Lake Fields Sungai Besi dan lagi satu dekat SS15.

INDOBOWL KL
72, Jln Tasik Utama 7, Lake Fields
Sungai Besi, 57000 KL

INDOBOWL SS15
66, Jalan SS 15/4C, SS15
47500 Subang Jaya

OPERATING HOURS
Mon–Sun: 10.30am–10pm

Website : Indobowl Cafe
Facebook : Indobowl Cafe
Instagram : Indobowl Cafe

Hudaluna

Of course kena ada gambar kitorang berempat yang suka makan ni. Jangan lupa singgah Indobowl tau.

Thank you.

Love,
Huda

Kids Activity : D-Flat Music Academy

$
0
0
Assalamualaikum

Nak tau tak cara untuk dapat FREE lesson music class dekat D-Flat Music Academy ni? Kalau nak tau, baca sampai habis ok? Promise?

Music lessons made easy

D Flat Music Academy

December hari tu kitorang ada attend perasmian D-Flat Music Academy dekat Sunway Geo Avenue, Subang Jaya. Memang dalam planning kitorang tahun ni nak start expose Qaireen dengan music selain agama dan swimming class. Lagi pun Qaireen minat main piano mainan tu. Jadi cadangan kami nak enroll class piano dekat dia nanti.



D Flat Music Academy

D-Flat Music Academy
- We organise the world of music education, and make it accessible to children age 4 and above.
- As a leading music school in Malaysia, our goal is to have your child achieve their musical dreams, understand their soundscape and appreciate the musical things in life.
- Adults are not forgotten too.

Dekat D-Flat Music Academy ni ada 8 buah kelas yang tertutup, sound proof dan setiap bilik tu ada ada different musical instrument dan juga bilik vocal. Decoration dan warna setiap bilik sangat warm dan fresh. Jadi senang la nak belajar nanti. Budak aman tenteram boleh follow instruction cikgu diorang.

D Flat Music Academy


D Flat Music Academy

Jangan ingat bebudak je boleh join music class ni tau. Kita dewasa ni pun boleh jugak ok.

Special untuk korang yang berminat nak enroll anak-anak or diri sendiri ke untuk belajar music ni, D-Flat Music Academy sangat berbaloi dan patut menjadi pilihan korang. Sebab apa?

D Flat Music Academy

D Flat Music Academy

Sebabnya... Kalau register sekarang untuk mana-mana kelas di D-Flat Music Academy sebelum JUNE 2019, korang akan dapat FREE class lessons for SECOND MONTH tau!


Instagram : @dflatmusicacademy
Contact Number : +60122393873
Address: D-Flat Music Academy, Sunway Geo Avenue G02-03A Jalan Lagoon Selatan Sunway South Quay 47500 Subang Jaya.


D Flat Music Academy

Petaling Jaya, 15 Disember 2018 - Belajar bermain alat muzik diakui memberi pelbagai manfaat kepada kanak-kanak. Secara saintifik, ia telah dibuktikan membantu otak kanak-kanak berhubung sekaligus meningkatkan pencapaian akademik mereka. Bermain alat muzik juga meningkatkan keupayaan mendengar kanak-kanak, yang merupakan komponen penting dalam kemahiran sosial, koordinasi fizikal dan ketepatan masa. Ia memupuk disiplin dan kesabaran, menyuntik jati diri di samping menyediakan saluran kepada kanak-kanak untuk menghilangkan tekanan dalam kehidupan harian. Hasilnya, ia melahirkan individu yang mempunyai asas yang teguh dan kukuh, bersedia untuk menawan dunia.

Ketika membicarakan manfaat yang bagaikan tidak bertepi daripada pembelajaran muzik, ramai juga kanak-kanak yang hilang minat begitu cepat dan menjadi kurang tertarik. Ini kerana, kaedah yang digunakan sekarang oleh kebanyakan konduktor muzik menumpukan kepada pembelajaran secara menghafal dan mengejar sijil semata-mata. Namun, D-Flat Music Academy mengenengahkan muzik mereka secara berbeza.

D Flat Music Academy

“Kami mengambil pendekatan jangka panjang dalam pendidikan muzik dengan menggalakkan pelajar menghargai muzik sebagai elemen estetik melangkaui aspek pembelajaran mereka. “Kami menumpukan kepada DUA perkara penting - pembacaan melalui penglihatan dan aura. Muzik umpama bahasa, jika anda membaca - melihat dengan baik, anda akan mampu untuk bermain apa jua bahasa muzik. “Aura pula membabitkan keupayaan mendengar dan sensitiviti seseorang. Ini penting bagi pelajar untuk melahirkan kreativiti muzik mereka,” kata Aaron Goh, Pengarah Muzik D-Flat Music Academy dan D-Flat Studio, sebuah akademi muzik terulung di Singapura.

Akademi Muzik tersebut melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pelancaran rasmi studio pertamanya di Sunway-Damansara Geo Avenue hari ini. Dengan lokasinya yang strategik, di tengah-tengah kawasan kediaman yang ideal, D-Flat Music Academy yakin jenamanya yang unik itu akan diterima baik dalam kalangan komuniti.

D Flat Music Academy

“Kami berasakan bahawa pelajar muzik di sini kurang mendapat pengetahuan sewajarnya. Kebanyakan sekolah muzik hanya mengutamakan gred dalam peperiksaan tanpa membenarkan pelajar meneroka genre seperti jazz dan pop.“Bahasa muzik memang mampu difahami semua tetapi ia kerap berkembang. Merasai sendiri muzik melalui jazz dan pop memberikan pelajar peluang untuk meneroka tekstur dan bunyi berbeza yang melengkapkan lagi pendidikan muzik mereka,” kata Goh.

Ketika ditanya mengenai matlamat dan hala tuju syarikat pada masa depan, Goh mengakui, syarikat mempunyai matlamat untuk mewujudkan komuniti ahli muzik yang sentiasa teruja untuk memupuk minat mereka dalam muzik pada masa lapang, yang mana muzik akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka, untuk melangkah alam dewasa dengan lebih baik , sebagai mana mereka mengejar karier mereka. Dengan beliau sendiri berpengalaman lebih 21 tahun dalam industri tersebut khususnya dalam aspek pengajaran dan persembahan, Goh ternyata amat mencintai dan menjiwai senitersebut. “Muzik adalah darah daging saya,” jelasnya.

D Flat Music Academy

Dalam memastikan jenama tersebut sinonim dengan pengajaran yang berkualiti dan dan penuh jiwa, D-Flat Music Academy mengehendaki guru-gurunya memiliki kelulusan Ijazah dan ijazah sarjana dalam muzik dari universiti-universiti yang terkenal dengan jurusan seni persembahan, atau sekurang-kurangnya 20 tahun pengalaman mengajar. Dengan cara ini, ibu bapa diberi jaminan bahawa pendidikan muzik kanak-anak mereka sentiasa dalam keadaan baik.

Goh menambah, pencapaian peperiksaan dan persembahan pelajar mereka di Singapura merupakan testimoni terbaik bagi membuktikan keberkesanan kaedah yang mereka miliki. Sebahagian pelajar-pelajar cemerlang di Singapura terbabit dalam persembahan-persembahan terkenal seperti Child Aid (2017), Forbidden City (2016), Monkey Goes West (2014), Hansel & Gretel (2012), The Sound of Music, (2016) dan The Lion King (2011). Bagi meningkatkan lagi kecemerlangannya, D-Flat Studios serta mereka yang bekerja di bawahnya, telah menerima pelbagai anugerah di Singapura, antaranya 10 Akademi Muzik Terbaik Singapura (theasianparent.com), Anugerah Straits Times Life! Theatre - Pencalonan AktresTerbaik 2015, Pembantu Aktres Terbaik Supporting 2016 & 2017 (dianugerahkan kepada Frances Lee - guru vocal dan muzikal dari akademi tersebut).

D Flat Music Academy

D-Flat Music Academy menawarkan kelas Piano, Gitar dan Vocal dan Teater Muzikal kepada kedua-dua, kanak-kanak dan dewasa. Akademi tersebut juga menawarkan penggunaan rangkaian buku dan alat muzik yang luas bagi melengkapkan lagi pembelajaran anda. Pelajar juga berpeluang mempelajariteori muzik melalui platform e-pembelajaran yang ketika ini berkembang pesat, yang meningkatkan lagi proses pembelajaran.

Sementara itu, bagi pendaftaran sebarang kelas sebelum Jun 2019, akan memperoleh pembelajaran percuma pada bulan kedua. Dalam pada itu, majlis pelancaran diakhiri dengan petikan daripada Nietzche oleh Goh kepada tetamu yang berbunyi, “Tanpa muzik, hidup satu kesilapan.”


For more information tentang D-Flat Academy, contact list di bawah ni
Website : www.dflat.com.my
Instagram : @dflatmusicacademy
Contact Number : +60122393873
Address: D-Flat Music Academy, Sunway Geo Avenue G02-03A Jalan Lagoon Selatan Sunway South Quay 47500 Subang Jaya.

Breastfeeding : Baby Koala Baby Bottle Label

$
0
0
Assalamualaikum

Sejak menjadi emak-emak ni, kita kalau boleh nak semua benda dapat buat dan settle secara cepat dan tangkas. Macam tu jugak la untuk labelling ni. Ya ampunn. Sungguh aku cakap, bila breastfeeding ni benda paling istiqomah yang wajib buat setiap hari adalah label timing susu.

Baby Koala Baby Bottle Label

Bagus zaman sekarang ni dah ada botol label jenis silikon yang diperbuat dari silikon gred makanan yang berkualiti tinggi. Tak payah sesusah lagi guna masking tape ke, tempah order banyak-banyak tampal dekat botol ke, tulis dekat sticker ke tak pun tulis direct dekat permukaan botol. 



Bila guna label botol Baby Koala ni jadi mudah kerja. Sebab sarung je ke botol dan boleh terus tulis atas permukaan silikon label tu. Nak cuci pun senang je. Guna wet tissue je dan terus lap. Jadi bersih macam baru balik.

Baby Koala. Menjadikan hidup ibu lebih mudah!

Yess. Memang mudah. Bukan takat botol susu ke, botol storage ke, Baby Koala Bottle Label ni boleh digunakan dekat tupperware jugak or pape je la sebab sangat stretchable! 


Baby Koala Baby Bottle Label

So, apa yang special sangat dekat Baby Koala Baby Bottle Label ni? Meh sini nak listkan untuk korang baca.

1. Boleh digunakan dengan mana-mana marker pen. Sebab mudah dipadam dengan air. Korang boleh guna pen marker Sharpie jugak untuk tulisan tu tahan lebih lama.
2. Sangat elastik dan fleksibel
3. Dibuat dari silicon gred makanan berkualiti tinggi yang bebas BPA, BPS, PVC dan Phthalate. Baby Koala label ni mesra alam dan tak bertoksik.
4. Memudahkan kerja mak mak dan semestinya menjimatkan duit.
5. Boleh masuk dalam sterilizer, dishwasher dan microwave
6. Sesuai untuk jadi label botol storage susu mak mak lepas mengepam ni. (macam aku ni la ha)
7. Sesuai untuk label barang anak hantar taska ke sekolah ke tadika ke.
8. Dan paling utama diluluskan FDA Amerika Syarikat


Baby Koala Baby Bottle Label

Baby Koala Baby Bottle Label

Soalan : Macam mana nak guna kalau dah beli nanti?

1. Masukkan Label Botol Baby Koala dekat botol.
2. Tulis dekat label tu guna pen marker yang dapat sekali masa beli tu atau marker Sharpie. Lepas tulis tu kena tunggu kejap bagi dakwat tu kering.
3. Kalau panaskan botol dalam air, make sure lap label tu slowly supaya tulisan dekat label tu tak hilang.
4. Lepas cuci label, kalau nak guna balik immediately, lap dengan tuala kering sampai label tu kering elok.
5. Kalau nak padam tulisan tu, just bilas dengan air dan gosok permukaan label tu atau lap guna wet tissue or span.
6. Untuk guna dekat chiller bag dengan ice pack, pastikan botol storage susu letak asing dalam ziplock bag untuk elak kelembapan buat tulisan dekat label tu hilang.

Baby Koala Baby Bottle Label

Baby Koala Baby Bottle Label

Label Botol Baby Koala ni berharga RM 49.90 dan setiap pek tu ada 4 keping label botol dan 1 pen marker. Kalau fikir balik total effort dan masking tape or sticker lebih mahal dari beli Baby Koala Bottle Label ni.

Baby Koala Baby Bottle Label

Sesuai dengan tagline @BabyKoalaLand - Making mummy's life easier, botol label ni sangat lah dan amat lah sesuai dengan aku ni as breastfeeding mom untuk tulis label botol lepas tiap kali session mengepam.

Sebelum ni aku manually tampal sticker dan letak atas penutup botol tu. Gigih weiii! Cuba tengok gambar dekat bawah ni. Setiap hari pun kena cuci penutup botol dengan elok supaya kesan sticker tu tak melekat. Annoying kot!

Letak botol label ni senang tulis sesiap timing mengepam. Date je boleh tulis daily. Sebab tak payah cuci timing tu, just cuci dekat date tu je lah.

Baby Koala Baby Bottle Label


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, tengok bawah ni ok?

Facebook : https://www.facebook.com/babykoalaland
Instagram : @babykoalaland
Shopee : https://shopee.com.my/babykoala2018
Online shopping platforom : motherhood.com.my
Dealers : Babyland SS2



Breastfeeding : I thought breastfeeding is all about unicorn and rainbows.

$
0
0
Assalamualaikum

Sebelum beranak Qaireen dulu. Aku rasa breastfeeding ni senang. Sua je settle susu. I thought breastfeeding is all about unicorn and rainbows.

But, bukan semudah itu. Aku fail masa Qaireen.

breastfeeding


Sadly, breastfeeding is not an easy journey. Aku kecewa. Tapi aku tak putus asa.


Alhamdulillah. Now road to 18 months journey with Idraaki. Walaupun rasa penat lelah segala. Cuma sekarang aku dah tak supply untuk anak susuan je la. Cukup untuk Idraaki sorang je.


Status from Instagram date 7th February 2018

Gagal sekali, untuk jadi pengajaran dan pengalaman. Bukan nak show off ke apa. Karang orang salah paham pulak.

Aku nak cakap pasal aku. Pasal aku, pasal Qaireen dan pasal Idraaki.

Ye. Aku gagal untuk breastfeed Qaireen lama.

Aku gagal untuk fully breastfeed Qaireen. Aku start mix formula milk untuk kenyangkan dia awal. Jadi epmom demi titisan susu aku untuk dia since dia tak nak direct feed. Then Qaireen terus refuse sebab dah sedap botol. Dah sedap formula milk. Aku sedih.

Sejak dari tu aku tekad, anak seterusnya aku taknak buat silap lagi.

Dulu aku silap. Pam 2 kali je kat office dengan gap 4jam. Mana susu tak drop. Masa tu dengan bagi sebotol terus 4 oz. Tak dapat kejar demand dia, aku bagi formula milk.

Sekarang ni setiap 2 jam 30 minit - 3 jam aku mesti pam. Dekat office at least 3 kali pam.

Dulu, aku jumpa Lactation Consultant (LC) tapi masa tu dah terlambat sangat. Sorry Qaireen.

Jadi, kalau ada kalangan kawan aku bagi formula mik dekat anak, aku paham. Tak semua orang kuat kental. Sore nipple, nipple crack, sakit bersalin tak hilang lagi, bengkak susu, oversupply etc boleh buat mak down. Support dari family paling penting selain kena paham dan ada ilmu tentang breastfeeding.

Aku pernah oversupply kali ni sebab silap langkah awal-awal dulu. Now dah stabil. Lega rasa. Masa awal dulu pun banyak ujian. Menangis sambil menyusu, ketap bibir tak payah cakap. Bengkak, sore nipple, nipple crack semua pakej.

breastfeeding


Kadang kala, ada kengkawan private message tanya. Minta pendapat. Yang mana aku boleh tolong, aku boleh guide, aku boleh ajar, aku tolong. Kemudian terpulang kepada mak nye. Nak ikut, ikut. Tak nak, terpulang.

Untuk diri aku. Mudahan rezeki Idraaki sampai 2 - 3 years. Moga rezeki anak susuan pun panjang. Aku tak kisah berpenat lelah untuk Idraaki. Untuk anak susuan.

Terima kasih untuk husband yang sentiasa support. Tukang basuh botol, tukang repack susu dari botol storage ke storage bag, tukang agih susu setiap pagi untuk hantar ke taska, tukang urut belakang bila sakit badan mengiring menyusukan Idraaki dan tukang bagi semangat bila down.

Aku tahu, dia pun penat. Dengan penat drive dan travel hehari lagi dari rumah yang jauh hujung dunia ni.

I love you ‘Ariffin Hussin. @rffnhssn dan anak-anak kita : Qaireen Nisrina dan Yusuff Idraaki @our.little.junior




Singapore Trip : To do list sebelum ke Singapore (Part 1)

$
0
0
Assalamualaikum


Last year lepas Christmas, kitorang ke Singapore. Saja jalan-jalan ke negara orang alang masa tu ada dekat Johor. Walaupun preparation untuk ke Singapore tu last minit jugak la di plan, tapi Alhamdulillah semua planning menjadi. Ada la terlambat sikit dari schedule tapi bisa di atur pak.


Biasa la bawak bebudak, kena ikut mood bebudak jugak masa nak travel tu. Tu pun ada la beberapa kali bertukar jadi Mommy Momster. Dah la first time bawak kereta masuk negara orang. Risau jugak la. Siap tanya dekat Question Instagram lagi tu. HAHA


Qaireen Nisrina Singapore
Sebelum bergerak ke Singapore

So terima kasih semua yang sharing info. Love you all. Sebelum start post pasal trip ke Singapore tu, aku cerita dulu to do list yang kena buat, kena ada dan prepare sebelum ke Singapore. Semua benda ni penting untuk kesejahteraan travel ke negara orang. EHE.





By the way, big reason nak ke Singapore tergedik-gedik sangat sebab ada Harry Potter theme dekat Airport Changi masa tu. Wehh padia la Huda ni. Sanggup betul!


Ok dah. Now aku nak buat list - To do list sebelum travel ke Singapore untuk reference semua orang yang rajin baca blog aku ni.


1. Study peraturan jalan raya di Singapore kalau naik kereta. 
Kenapa benda ni paling penting? Sebab peraturan jalan raya diorang sangat strict. CCTV merata-rata dan sangat efficient. Tak macam kita dekat sini banyak culas undang-undang tu. Rule diorang paling strict lagi-lagi kalau dekat Sentosa Island. (Rujuk sini : Land Transport Authority) Paling utama, had laju dan lane priority dekat pejalan kaki selain bebudak kena duduk di carseat. Untuk Grab pulak, Grab taxi je tak perlu ada carseat. Grab biasa perlu ada carseat. Baca jugak pasal VEP dan ERP tau (rujuk sini utk VEP and sini untuk ERP)


Yusuff Idraaki Singapore
Idraaki buat passport for first time.


2. Renew passport dan buat passport untuk yang belum ada passport
Haruslah passport tu wajib ada sebab kita nak ke Negara orang. Make sure passport hidup sebelum travel tu. Kalau agak tinggal 6 bulan lagi passport tu, renew la dulu sebelum ke mana-mana. Kalau tak satu hal menyusahkan diri dan famili kalau kena tahan. Make sure jangan tertinggal tau.


3. Study kawasan attractive dan plan itinerary tempat nak pergi
Paling penting plan trip tu bebetul. Plan itinerary dan kalau boleh ada buffer timing untuk tiap tempat tu. Sebab kita tak tau masalah atau apa-apa delay yang akan terjadi pada hari kejadian. Study parking, public transport dan jarak satu tempat ke satu tempat yang kita nak pergi tu. Jangan plan melulu nak cover semua tempat tapi jarak kemain jauh. Buat penat je nanti dan rushing.


4. List out kad-kad yang perlu ada masa di Singapore
Bila dah ada itinerary, masa ni baru boleh plan apa kegunaan AutopassCashcard dan Tourist Pass. Autopass ni kena beli di immigration sebelum masuk Singapore. Satu kereta satu autopass dan tak boleh bertukar ganti. (baca sini untuk rujukan). Cashcard ni untuk parking. Option lain untuk parking, boleh install apps Parking.sg. Tourist Pass pulak untuk naik MRT. Details jap lagi aku explain dekat bawah. Semua ni boleh topup dekat 7E tapi Tourist Pass ada jual dekat selected station je. Ada anak-anak ni, naik Grab lebih mudah dan cepat compare naik Public Transport tapi of course bila grab ni lebih costly. HAHA


5. Bawa geran kereta, insurance, roadtax dan valid driving license kalau naik kereta
Kalau kita ke sana naik kereta, make sure bawak geran kereta, insurance, roadtax dan valid driving license hidup tau. Senang apa-apa jadi semua dah ada. Kita tak tau kot tetibe pegawai immigration dia mintak ke apa kan.


6. Cari hotel dekat dengan public transport atau yang offer parking free.
Walaupun mahal macam mana hotel tu tapi sempit nak mampus macam hotel aku duduk hari tu, tapi demi parking free dan dekat public transport, ku gagahi jua. Hotel yang aku duduk hari tu dekat dengan 2 station MRT by walking distance. Tu pun mengah wei! Hotel beli la dari Agoda ke Booking ke or Airbnb. Suka hati korang lah. Aku beli guna Agoda untuk dapat point AirAsia dan Cashback.


7. Tukar duit sesiap di Malaysia
Kitorang memula dah tukar sesiap dekat Setia Alam duit Singapore dengan rate 1SGD = RM3.06 untuk 300SGD. Then rasa macam tak cukup je, lalu tambah la lagi 100SGD dekat Johor Bahru. Rate sama macam dekat Setia Alam tu. Then hari ke dua dekat Singapore tambah lagi sikit, SGD50 dengan rate 1SGD = RM3.20. Dah la money changer dekat Singapore tu ingat kitorang ni Indonesian. Whatt? So cadangan aku adalah, korang better tukar SGD500 kalau pergi dengan famili with anak keciks. Kalau single aku rasa SGD300 tu terlebih dari cukup.


8. Beli travel Insurance. Penting ni.
Alah travel sekentut je dari Malaysia ye dak, malas la beli travel insurance. No no. Jauh ke dekat je, sila la beli travel insurance. Kenapa? Sebab kalau kes-kes emergency, travel insurance ni diutamakan kegunaannya dari insurance sedia ada kita tu. Boleh beli Etiqa ke AXA ke Zurich ke terpulang. Aku ke Singapore ni pilih Etiqa Takaful yang berharga RM97.22 untuk 4pax.


9. Beli tiket entrace online dan advance dari beratur di kaunter
Sebab dapat jimatkan masa dari beratur di kaunter selain lebih murah dari harga kaunter. Tak percaya? Sila download Klook or KKDay tengok harga dekat situ compare harga kaunter. Jimat banyak dan senangkan kerja dari nak beratur penat-penat. Tambah kalau kau pergi masa peak hours. Ketibas ketiak wei!


10. Topup Touch N Go dan isi minyak full tank
Isi minyak full tank dekat Johor Bahru sebab harga minyak dekat sana lebih mahal dari dekat Malaysia dan isi sesiap Touch N Go sebelum masuk Singapore karang nanti masa keluar Singapore tak cukup pulak balance. Sebab tak ada kaunter topup tau.


11. Plan masuk ikut Tuas atau Woodland
Masuk ikut Tuas lebih mahal rate dia dari masuk ikut Woodland. Selalunya orang masuk ikut Woodland la. Kitorang masuk ikut Woodland, keluar ikut Tuas. (rujuk rate dekat sini) Better masuk awal pagi untuk elak jam.


12. Isi whitecard dan jangan hilangkan
Sebelum masuk Singapore kena isi sesiap Whitecard untuk bagi ke pegawai Immigration Singapore. Kalau tak ada kad tu tu, masa dekat border nanti mintak. Kalau boleh minta lebih, kot kot tersalah isi ke or future nak datang lagi. Senang jimat masa dari terhegeh-hegeh nak tulis masa tu jugak. Bawak pen tauuuuu!


Ok lah. To be continue dalam part 2. Panjang sangat orang malas membaca pulak nanti.

Singapore Trip : Cara drive kereta ke Singapore (Part 2)

$
0
0
Assalamualaikum

Marilah kita bersambung bercerita supaya aku tak lupa dan boleh jadi rujukan di masa hadapan. So post ni akan jadi Part 2 sebab dah panjang sangat dekat Part 1 tu. Bila panjang sangat bukan orang baca pun, scroll je nanti kannn. HAHA.

By the way, terima kasih untuk ilmu dan info dari kawan-kawan dekat Instagram sharing cara masuk ke Singapore dan blog-blog lain yang jadi rujukan. Pening jugak la memula nak paham apa benda ERP, VEP, apa tu Autopass la segala.


Grab Singapore
Masa dalam Grab car dekat Singapore.
Masa ni baru tahu rule yang tak boleh naik Grab car biasa if tak ada carseat anak.


Walaupun ke Singapore ni boleh kata redah je jugak, tapi kena ada proper plan. Itu aku la. Tak suka kalau asal sekadar boleh je.


Below adalah extra info untuk korang tau sebelum drive kereta ke Singapore.




VEP
VEP (Vehicle Entry Permit) ni adalah permit untuk kita bawa masuk kereta dari Malaysia ke Singapore. So untuk drive sendiri masuk Singapore ni kita akan di charge SGD35 (plus minus ikut rate lebih kurang RM120++) sehari. Untuk kenderaan Malaysia yang first time nak masuk Singapore dan kurang dari 10 hari, tak payah bayar charge VEP ni. Boleh rujuk sini untuk details VEP.



ERP Singapore



ERP
ERP (Electronic Road Pricing system) ni adalah sistem tol automatik dekat Singapore. Diorang tak pakai Touch N Go/Smart Tag/RFID or ada toll booth macam kita ni. Dekat sana ada gerbang gate besar yang ada function untuk read kad Autopass yang kita letak dekat dashboard dan directly deduct duit korang dari situ. Motor ke, kereta ke semua applicable charge ERP.  Sebab tu kena topup Autopass lepas masuk Singapore. Dan kereta dari Malaysia akan di charga flat rate SGD5 sehari dan akan di deduct bila kita nak keluar dari Singapore nanti. (rujuk sini dan sini untuk ERP)



Autopass Singapore



Autopass
Autopass ni macam kad Touch N Go la kiranya tapi beza Autopass ni register atas no plat kereta. Meaning tak boleh bertukar hak milik dan guna dekat kenderaan lain. Satu kereta entitle satu Autopass sahaja dan semua kereta dari luar Singapore perlu ada Autopass ni untuk masuk Singapore. Autopass ni boleh beli dengan apply online atau beli dekat checkpoint Tuas atau Woodland. Autopass ni penting untuk bayar VEP, ERP dan parking.

Untuk beli Autopass ni ada dua harga: SGD10 or SGD20. Tapi akan deduct sesiap SGD6 untuk harga kad tu. Nak senang better beli SGD20 punya sebab ada baki SGD14 dalam tu. Then boleh topup kemudian dekat 7E ke memana tempat yang boleh topup. (baca info Autopass dekat sinisini dan sini.



Whitecard
Semua tourist kena isi Whitecard ni dan serahkan dekat pegawai Immigration tu. Dekat situ kita akan declare dekat mana kita stay dan berapa lama kita akan stay dekat Singapore. Guna pen hitam atau biru je untuk isi Whitecard ni. Jangan hilangkan keratan Whitecard sebab nanti akan pulangkan masa kita nak keluar dari Singapore. (baca info whitecard dekat sini)



Tourist Pass or Ez-Link Card?
Both kad ni ada pro dan cons dia. Kalau stay lama, better Ez-Link Card. If stay just 2 3 hari, better Tourist Pass. (untuk baca pro and cons Tourist Pass dan Ez-Link Card baca dekat sini)



Tourist Pass Singapore



Tourist Pass ni adalah all-day-pass yang boleh tourist guna secara unlimited untuk public transport dekat Singapore. Tourist Pass ada tiga type :

1 Day pass harga SGD10
2 Day pass harga SGD16
3 Day pass harga SGD20

Semua pass ni refundable SGD10 if return balik kad ni. Cuma Tourist pass ni tak boleh guna dekat Sentosa Island dan a few tempat lain. Kad Tourist Pass ni boleh beli dekat a few MRT station terpilih. (refer sini dan sini untuk baca info tourist pass, refer sini untuk FAQs dan sini untuk dekat mana nak beli)


Ez-Link Card ni pulak sejenis cashless card dan boleh guna merata tempat termasuk la, public transport, ERP, taxi, vending machine, shopping, tempat makan dan etc. (baca info dekat sini) Kalau stay lama, elok pilih Ez-Link Card ni dan boleh beli dekat 7E atau mana-mana MRT station. (baca dekat sini, sini dan sini info lain) Malas pulak nak elaborate sebab tak beli kad ni dan study tak banyak sebab ternyata Tourist Pass lebih jimat bila stay short term.



Check point Immigration Malaysia
Drive je dari Johor Bahru dan ikut signboard sampai ke Immigration Malaysia. Make sure minyak kereta dah full dan dah topup Touch N Go sesiap tau. Terpulang la nak lalu Tuas ke Woodland entry.

Masa sampai dekat Immigration, no handphone ye masa dekat booth Immigration tu eh. Aku kena marah sebab pegang phone. Padahal masa tu tengah kalut dok key in borang register Cuckoo. Pfff. Ada diorang kisah? So, nak ambik gambar ke apa sebelum sampai ke booth Immigration tu.

Masa dekat Immigration Malaysia, diorang suruh bukak keempat-empat tingkap kereta sebab nak tengok dalam dan sebelum tu kita pass dulu Passport semua manusia yang ada dalam kereta. Lepas dia tengok muka semua dan scan passport kita, diorang pulangkan balik passport tu.

Then masa lalu Kastam diorang just suruh bukak boot kereta dan tingkap kereta masih kena bukak tau. Lepas Kastam check apa yang patut kita boleh terus gerak je lepas settle. Follow je lane kereta dan queue sampai Singapore merentasi lautan Selat Tebrau tu. Follow je lane tu.



Check point Immigration Singapore
Sesampai dekat checkpoint Immigration Singapore (first checkpoint), kita kena follow lane foreign car. Masa ni please standby sesiap Passport, Pen untuk menulis whitecard (Kalau dah ada Whitecard, isi awal-awal lagi better), Road Tax kereta dan Lesen memandu. Bukak tingkap kereta tau.

Sampai je dekat booth Immigration Singapore tu, kalau tak ada whitecard, minta je dekat pegawai tu Whitecard. Boleh je minta lebih mana tahu kot salah isi ke or boleh guna untuk future entry, tak ada la kelam  kabut nak isi masa tu jugak. Dan isi Whitecard tu data yang betul dan guna huruf besar.

Lepas setel tulis untuk setiap orang dalam kereta tu, serahkan passport, IC Malaysia dan selit whitecard ikut nama dan passport memasing. Senang diorang nak check. Diorang akan scan passport kita dan cop masuk Singapore.

Diorang akan jenguk dalam kereta sambil refer passport untuk setiap individu yang ada (Tua muda baby semua dia tengok), then diorang akan return passport dan whitecard balik dekat kita (Kena simpan Whitecard tu sebab masa depart nanti diorang akan check semula. Jangan hilangkan.)

Dekat checkpoint second kita kena menghadap Kastam Singapore pulak. Diorang akan suruh check boot kereta dan suruh kita tutup sendiri boot tu.

Settle bab orang, sekarang bab kereta pulak. Drive je ikut RED LANE dan sampai ke block B untuk beli Autopass. Satu kereta Satu Autopass dan tak boleh pindah milik (Refer dekat atas) Ambik form dekat block B tu dan isi form untuk beli Autopass.

Lepas setel isi form, pulangkan dekat pegawai Immigration tu. Nanti dorang akan datang dekat kereta untuk check, Road Tax dan no plat kereta. Tapi kitorang hari tu dia suruh snap gambar kereta, no plat dan road tax dan fotostat insurance kereta. Kalau dah ada Autopass terus lalu GREEN LANE.

Dan mulakan perjalanan ke negara orang dengan penuh hemah dan ikutla peraturan diorang. Biar la diorang masuk negara kita jadi gangster ke apa, kita jangan follow benda buruk tu dekat tempat orang.


Passport Malaysia


Singapore Trip : Singapore Itinerary 3 Days 2 Nights (Part 3)

$
0
0
Assalamualaikum


Masa aku nak buat itinerary ni, aku google dan list out semua tempat menarik dekat Singapore. Rupanya terlalu banyak tempat best dan menarik. Orang selalu cakap, Singapore bukan ada apa pun. Tapi sebenarnya, sekecik-kecik Singapore tu, ada banyak tempat best. Tah-tah, aku tak habis list out pun kan.


Tempat makan best pun aku list out. Nanti la hujung-hujung part yang tah ke berapa puluh part nanti aku tulis balik senarai tempat menarik dan tempat makan best dekat Singapore tu.


hudaluna



Boleh pulak lupa ambil gambar masa dalam kereta. So aku screenshot view dari video je la. Hehe. Since aku ke Singapore naik kereta, plan itinerary aku ni boleh kata campur sana sini guna car, grab, train dan jalan kaki.


hudaluna singapore
Dah penat berjalan masa ni. Dasar gemuk betul.


Kalau ikutkan dekat city, banyak yang boleh walking distance. Tapi sumpah penat. Better la naik grab ke train ke. Tapi dari satu attraction ke satu attraction ni train terdekat pun boleh tahan 500m 800m berjalan kaki. Macam gambar atas ni, kitorang tengah berjalan kaki dari station MRT untuk ke next attraction. Penat teruk! Dah la dengan panas teriknya.


Dekat bawah ni plan itinerary kitorang konon nye lah.


Plan Itinerary Singapore 3 Days 2 Nights

Day 1
Pagi : Botanic Garden
Tengah Hari : Singapore Zoo
Malam : Changi Airport (Harry Potter punya pasal)


Day 2
Pagi : Esplanade - untuk view Marina Bay Sands, Merlion Park, Helix Bridge, Singapore Flyers, Marina Barrage
Petang : Gardens by the Bay - Supertree Grove, OCBC Skywalk, Cloud Forest, Flower Dome


Day 3
Pagi : Tan Teng Niah, Tooth Relic Temple, Chinatown, Masjid Sultan
Tengah Hari : Singapore Cable Car, SEA Aquarium
Petang : Siloso Beach, Sentosa Merlion


Tapi kita ni manusia. Mampu merancang je. Haha. Jadinya, banyak plan lari jugak la. Semuanya tertakluk dengan mood anak dan kelambatan diri sendiri. Konon nak checkout hotel pukul 10am masa dekat JB tapi alih alih ada budak cranky sebab tak sihat sikit, checkout la pukul 12. 


Lepas tu pusing pulak JB cari tempat money changer dan beli food untuk bekalan anak-anak dekat Singapore. Dah buang masa sejam. Pukul 2 baru nak gerak ke immigration Malaysia. Pukul 3 baru lepas immigration Singapore. Apooo? 


Pukul 4 masih round Singapore cari 7E. Dah la susah parking. Give up, terus la kitorang ke hotel check in dulu. Pukul 530 macam tu keluar cari makan dekat Zam-zam Restaurant. Memang kelaut biru la plan day 1 dah pun. Adjust la mana boleh ye dak. Sebab dah sampai pun Singapore. Jadi nya plan hari sebenar dah bertukar jadi macam ni.


Real day Itinerary Singapore 3 Days 2 Nights

Day 1
Petang : Makan di Zam-zam restaurant, Masjid Sultan (tengok dari jauh je)
Malam : Changi Airport (Harry Potter punya pasal)


Day 2
Pagi : Makan di Maimunah Restaurant, Tooth Relic Temple
Tengah Hari : Esplanade - untuk view Marina Bay Sands, Merlion Park, Helix Bridge
Petang : Gardens by the Bay - Supertree Grove, Cloud Forest


Day 3
Pagi : Makan di Maimunah Restaurant
Tengah Hari : Singapore Zoo
Petang : Singapore Cable Car, SEA Aquarium


hudaluna singapore
Haa ambik kau panas terik sampai sun burn. kah.


Nanti aku tulis details setiap tempat pergi by post. Tak suka pack satu post nanti annoyed nak scroll.

Breastfeeding : Macam mana nak mengepam susu dekat office?

$
0
0
Assalamualaikum


Macam mana aku mengepam susu dekat office?


Office aku kerja ni sejenis open space. Bos duduk belakang aku je. Kiri kanan tepi dan belakang tu semua lelaki. Area ni ada 5 orang je perempuan. Satu row table panjang ni ada 4 orang. Aku pam dekat workstation je setiap hari untuk 3 sesi sambil selubung selimut. Haha. 


breastfeeding
Gambar copy dari post aku dekat group breastfeeding


Walaupun keadaan macam susah untuk mengepam, aku tetap tak give up. Kena tebalkan muka setebal sekukuh tembok besar China demi anak. Penat ke malu ke apa tak peduli dah.


breastfeeding
Open space


Lepas pam susu aku memang selamba je letak botol atas meja sebelum kemas masuk bag pam. Kadang tu sambil pam pun ada discussion dengan bos or team mate. Diorang pun dah paham. Berani tak paham? Lempang baru tau! 


Aku memang dah hilang malu segan asalkan tanggungjawab untuk anak tak terabai. Orang ngata? Ahhh lantak kau situ. Bukan kau tolong bayar bill aku dengan opinions dan bawang kau. Dan sambil pam, aku dapat siapkan kerja. Tak ada la take advantage "hilang" asyik pergi pam je. Satu sesi pam je dah 30 minit kot.


Lepas pam, kemas barang semua letak dalam bag pam semula. Mengketuk-ketuk botol untuk baki susu pun dekat workstation aku tu je. Corong dan botol tak basuh then guna untuk next session. 


Balik rumah, husband la kena jadi tukang cuci botol corong segala. Kita dah penat mengepam, husband la kena penat mencuci parts pulak. EH? 


14 months and still counting 
(Posting Facebook aku dekat group Breastfeeding tu masa 18th October 2018. By time aku reshare dekat blog ni dah 19 months and still counting)


19 Months Breastfeeding
19 Months Breastfeeding


Note :
1. Botol tak basuh simpan dalam storage bag ikea dan letak dalam cooler bag je
2. Selubung selimut sebab ada cctv dekat belakang selain ramai lelaki
3. Pakai pam medela freestyle yang beli sejak 2012. Good investment. Tak membazir!
4. Ganti botol medela dengan botol bumblebee
5. Selit corong dekat bra dan corong akan grip nipple dan breast masa pam. Tak pegang botol langsung
6. Sebelum pam massage breast sikit.
7. Saya ada breast cyst dan tetap ngepam
8. Jadual pam saya : 
   a. subuh untuk stok botol fresh no 1 dan 7, kemudian df anak sebelum keluar rumah. 
   b. Sesi dekat office 1130am, 230pm, 530pm dan saya pam selama 20minit hingga ke 30minit per sesi.
9. Bekalan untuk anak di taska 7 botol x 2oz each
10. Yield dekat office pam untuk 3 sesi pada 14 months umur anak ni 9-13oz ikut mood, emosi, pemakanan dan kesihatan. Yield pam subuh 5-6 oz. Jadi cukup untuk bekalan anak.
(Yield masa 19 months ni dah menyusut ke 7-9oz sehari di office. Dan subuh 4-5oz)
11. Ada dua anak susuan sebelum ni sebab saya oversupply sebelum ni. Dan sekarang alhamdulillah syukur stok cukup untuk anak.

Review Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery and Support Belly Band

$
0
0
Hai Semua. 
Assalamualaikum




Kita orang perempuan ni, lepas bersalin je benda paling kita risaukan adalah bentuk badan kita semula selain berat badan. Yelah bila dah jadi mak, dah 9 bulan kendong baby dalam uterus mesti perut akan flabby sikit lepas dah bersalin. Benda ni normal la kan. Memang dah expect dah pun. 




Postnatal
So kita perlukan bengkung/korset untuk support perut kita semula untuk bagi ada shape balik. Certain orang senang je perut dorang getting back into shape. Certain orang ambil masa sikit untuk dapat shape asal.

Kita boleh je nak turunkan berat dan back into shape dari dalam pantang lagi dengan keep on breastfeeding dan pakai Bengkung/Belly Band. 

Kalau kita pakai bengkung tali tu, kita nak kena minta tolong orang pakaikan untuk kita. Bila alone susah kot nak pakai. Thanks to Mamaway ada bengkung korset ni yang boleh pakai sendiri tanpa minta tolong orang.






So sekarang aku pakai bengkung korset mamaway ni. Compare dengan traditional bengkung tali tu, of course Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery and Support Belly Band lebih senang dan convenient untuk dipakai. Tak payah minta tolong orang dan zass tak sampai 5 minit siap pakai.




Why? (Features)

Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery and Support Belly Band sesuai dipakai walaupun kita beranak natural/vaginal birth ataupun Caesarean section untuk membantu uterus recovery. 




Sebabnya :


Stabilizing the Abdomen, Uterus, Pelvis, Back, Spine and Muscles

1. Mengurangkan Kesakitan (Reduce Pain)
    - Sesuai digunakan untuk ibu yang bersalin normal dan Caesarean.
    - Dapat mengurangkan kesakitan dan kecederaan pada luka C-Section semasa bergerak.
    - Untuk ibu-ibu yang caesarean : 
      - Belly Bend ni boleh dipakai mulai hari kedua selepas bersalin.
      - Pakai agak longgar sedikit pada awal bersalin. 

2. Melegakan Sakit Belakang (Relief Back Pain)
    - Dapat transfer berat badan dari tulang belakang dan membaiki postur badan untuk 
      mengurangkan sakit belakang.

3. Membantu Mendapatkan Bentuk Badan Asal (Get Back in Shape)
    - Dapat membantu memulihkan otot, kulit and abdomen kita yang mengembang semasa pregnancy. 
    - Panel bengkung yang cukup lebar dan mempunyai texture yang sangat lembut untuk 
      digunakan sebagai korset/bengkung dan cukup kuat untuk tampung belakang badan.
 
4. Kegunaan Harian (Daily Support)
    - Belly Band ni boleh dipakai selama berjam-jam atau semasa tidur kerana sangat selesa.
    - Mempunyai dua tali pinggang tambahan untuk membantu mencepatkan pemulihan 
      abdomen, uterus, pelvik, belakang badan, tulang belakang dan otot selepas bersalin. 


Antibacterial, Soft and Gentle on Skin, One-piece Design - Comfortable and Fitting, Easy to Wear, Won't Irritate the Wound, Breathable and won't trap heat and Super Stretchy & Elastic

1. Diperbuat Dari Bahan Antibakteria - Lembut Pada Kulit (Antibacterial Material - Gentle on Skin)
    - Belly Band korset/bengkung mamaway ni diperbuat dari bamboo charcoal fabric material 
       (Nano Bamboo 3D Black Velvet) yang bersifat antibacterial dan odour resistant
    - Walaupun kita berpeluh, bahan antibacterial yang terdapat dalam bengkung dapat 
      menghilangkan bau yang kurang enak.
    - Ianya juga membantu memperbaiki dan meningkatkan aliran darah kerana naturally 
      emits far-infrared rays dari fiber material bengkung ni.

2. Breathable Mesh
    - Material bamboo charcoal ini juga bersifat breathable dan fleksibel untuk membolehkan 
      kita membongkok, bergerak dan mengalih badan tanpa bengkung terlipat, bergumpal 
      ataupun berkedut.
    - Sangat lembut pada kulit kerana tidak memerangkap haba panas walaupun kita 
      memakainya sepanjang hari.

3. Tali Pinggang Boleh Laras (Fully Adjustable Handles)
    - Amat mudah untuk adjust (tarik dan lekat) tahap keketatan pemakaian bengkung 
      kerana mempunyai adjustable velcro pada tali pinggang tambahan.

4. Boleh Dipakai Sendiri (Able To Use It Yourself)
    - Bengkung mamaway ni amat mudah dipakai dan kita tidak perlu ada orang lain untuk 
      menolong kita memakainya.


 

How To Wear?
Senang je nak pakai belly band ni. Dalam seminit dua siap pasang. Tanpa perlu bantuan dari orang lain untuk pakai bengkung ni.

Dan semestinya ada cara untuk pemakaian bengkung ni. Mesti letak ikut gambar dekat bawah ni untuk compression dekat uterus.







Care Instructions
1. Hand Wash only. 
2. If using washing machine : do not bleach, do not soak, do not tumble dry and remember to put belly band in a washing bag to avoid sticking to other clothes.
3. No not need to put it under the sunlight as the bengkung wrap itself is antibacterial. Only need to put it at a cool dry place, the band dries fairly quickly as it is super breathable.


Mamaway
Mamaway Maternity provides a very wide range of products that cover every step of the way from pregnancy, recovery, breastfeeding and beyond.
Mamaway supports mums’ every step of the way with helpful tools, advice and encouragement, so mums can leap into Motherhood with confidence.
Made for mums, made by mums.




For More Informations
Official Website : click here
Belly Band 
     1. Product: click here to purchase belly band 
     2. Belly Band FAQ : click here
Facebook : click here
Instagram : click here
Instagram IGTV : click here
YouTube : click here



Kindly use this Promo Code MAMABLOG-HUDA to enjoy RM25 off for purchase over RM200 upon checkout!


#mamaway  #lovemamaway 

Review Mamaway Baby Ring Sling

$
0
0

Hi Semua.
Assalamualaikum.




Kadang kala bila keluar outing dengan husband, aku prefer tangan free dari tolak stroller. Nak jalan berpegangan tangan dengan husband. If pakai stroller, bila masa pulak nak pegang tangan kan. Tak dapat manja-gedik-moment gitu. 






Babywearing
This is not the first time aku dan husband berbabywearing anak-anak kami. Time Qaireen dan Idraaki pun  dah berbabywearing. So now it's time for Kaysaa pulak nak berbabywearing. Kami berdua dah pernah cuba dua jenis Soft Structured Carrier dan Baby Wrap. Now nak cuba pulak guna Baby Ring Sling. 




TICKS
Nak berbabywearing ada caranya tau. But, please please please jangan pakai hipseat ataupun crotch carrier ya. Kesian dekat hips baby. Kita kena follow TICKS safety guideline to pick the right babywearing for our newborn/toddlers. 

Paling utama mesti berbentuk C-shaped spine dan M-position hips joint. Babies carried correctly should have a natural C-shape spine. The hip socket, thighs, and knees should look like the letter M, knees slightly higher than the hip. Hip-thigh-knee joints should be fully supported to prevent excessive pressure on the hip joint.




Baby Ring Sling
Hence aku pilih Mamaway Baby Ring Sling this time untuk babywearing. Nak babywrap letih weh. terkial-kial dalam kereta nak belit selalunya. Sudahnya terkubur dalam kotak dah baby wrap tu. Baby Ring Sling by Mamaway ni lebih mudah, cepat dan senang untuk setup sebelum dipakai.

Mesti akan yang tanya, why Huda? Bukan kau ada banyak carrier dah ke? Macam aku cakap tadi la, terutamanya untuk newborn sampai 4months old ni lebih senang baby sling dari baby wrap. Dan boleh pakai up to 50kg if guna Mamaway Baby Ring Sling ni. Idraaki pun aku boleh kendong dalam ni. Nak kendong Qaireen je tak sanggup mak! Hahaha!


Berat Idraaki 12kg : 3years 3months old


Berat Idraaki 12kg : 3years 3months old


Berat Kaysaa 5.6kg : 2months old


Berat Kaysaa 5.6kg : 2months old


The Prefect Settling Tool! 
Bila pakai Baby Ring Sling ni senang dekat kita jugak untuk settle apa-apa task sambil dapat carry baby selain dapat bantu baby untuk cepat tidur dan dapat breastfeed dalam carrier dengan mudah tanpa orang lain sedar. Baby pun akan rasa safe sebab kepala diorang dekat dengan dada kita dan dapat dengar heartbeat mummy daddy. 


Why? (Features)

Durable
- Mamaway Baby Ring Sling ni boleh carry up to 50kg beban berat.
- Material double rings ini tak akan terpusing, terbengkok, meregang, berubah bentuk atau menjadi pengalir haba.

Soft
- Mamaway Baby Ring Sling diperbuat dari kain cotton yang berkualiti tinggi.
- Kain cotton premium ini bersifat breathable dan absorbent yang lembut dan selamat pada kulit.

Stable and Safe
- Hip healthy approved : Mamaway Baby Ring Sling mendapat approval dari International Hip Dysplasia Institute (IHDI) as a
“hip-healthy” product.
- M-Position : Peha tidak tergantung diluar dan membentuk position M dari pandangan hadapan ring sling.
- J Jockey Position : Baby hips bent dan position lutut lebih tinggi dari kedudukan punggung.
- Logo on shoulder : Logo as benchmark untuk correct position untuk memakai baby ring sling.
- Dapat kurangkan sakit belakang kerana baby's weight distributed evenly along back and shoulders untuk keselesaan semasa mengendong baby or toddler.
- So basically Mamaway Baby Ring Sling safe to use and meets international safety standards.

Make Your Life Easier
Less Crying and Sleep-Inducing
- Baby juga akan kurang menangis dan lebih mudah tertidur didalam Mamaway Baby Ring Sling because they feel safe in the sling.
- Nature : Baby memang suka dipeluk dan dikendong dekat dengan dada ibu dan bapa dan suka dengar  bunyi heartbeat.

Skin-to-Skin Contact 
- Create natural bonding between you and the baby. So if baby tengah nursing strike or growth spurt, we can use baby sling to make them feel calm.

Nursing Cover
- Basically Baby Ring Sling ni boleh juga dibuat sebagai nursing cover kerana mempunyai kain sling yang extra panjang. So we can breastfeed in public easier dan boleh breastfeed sambil carry baby juga.

Travel Light
- Mamaway Baby Ring Sling ni senang untuk dibawa kemana-mana. Kita tak boleh nak sumbat stroller dalam bag kan? Hahaha! Tapi Baby Ring Sling ni kita boleh letak dalam handbag or diapers bag dengan mudah. 
- Mamaway Baby Ring Sling ni ada hidden pocket design untuk simpan dan lipat sling ni. Pack up, Grab and go. Senang!

One for All
- Mamaway Baby Ring Sling ni sangat la jimat sebab one size fits all the whole family. 
- Tak macam brand lain, kita kena ukur dan beli ikut size badan. 
- Mamaway Baby Ring Sling tak perlu ukur, just adjust kain sling ikut kesesuaian bentuk badan dan baby size then Mummy, Daddy or maid boleh pakai dengan mudah. 










Benefits of Baby Sling
Top 5 Baby Sling Benefits from “The Baby Book” written by Dr William Sears : 
- Baby cries less.
- Baby gets smarter.
- Baby learns more.
- Baby gets more organized.
- Baby gets "humanised" earlier.


Multiple Choices
Mamaway Baby Ring Sling mempunyai 18 corak menarik untuk dipilih dan sangat harga yang affordable untuk dibeli.




Baby Sling Tutorials
Boleh refer video dalam page ni untuk tutorial cara pakai sling from newborn sampai toddler. 

Your Perfect Baby Carrier from newborn to toddler!


For Newborn : IGTV (Click Here)




For Infant : IGTV (Click Here)




For Toddler : IGTV (Click Here)




Care Instructions
- Cold wash in the laundry bag.
- May be machine-washed at the given temperature no more than 30 º C.
- Do not bleach, Do not tumble dry, Do not dry clean or remove stains with solvents.
- Cool iron only ( no higher than 110º C; Steam-ironing may be a risk)
- Hang to dry in a cool place away from direct sunlight


Mamaway
Mamaway Maternity provides a very wide range of products that cover every step of the way from pregnancy, recovery, breastfeeding and beyond.
Mamaway supports mums’ every step of the way with helpful tools, advice and encouragement, so mums can leap into Motherhood with confidence.
Made for mums, made by mums.



 
For More Informations
Official Website : click here
Baby Ring Sling Product: click here to purchase Baby Ring Sling
Facebook : click here
Instagram : click here
Instagram IGTV : click here
YouTube : click here



Kindly use this Promo Code MAMABLOG-HUDA to enjoy RM25 off for purchase over RM200 upon checkout!


#mamaway  #lovemamaway 

Review Mamaway Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity and Nursing Bra

$
0
0

Hi semua.
Assalamualaikum!

Since pregnancy lagi for sure kita dah start survey dan hunting bra yang sesuai untuk dipakai lepas bersalin nanti semasa menyusu. Dan semestinya ada sebelum beli, kita ada requirement tersendiri untuk jenis bra yang kita suka selain warna dan design kan? As breastfeeding mom, aku memang runsing selalu nak cari nursing bra yang menepati citarasa aku ni.




Requirement
Antara requirement yang selalu aku cari masa nak beli Nursing Bra mestilah selesa dipakai siang ataupun malam, tak berdawai tapi masih mengekalkan bentuk aset kita (prevent sagging, intensive support and lift), mudah untuk selak/buka untuk menyusu (to breastfeed baby easily), padding tak mudah tercabut or terlalu tebal and so on.

Dah banyak jenis nursing bra aku cuba. Dari murah ke mahal, dari tak ada brand ke branded. Ada yang cepat longgar, ada yang cepat rosak getah, ada yang tak selesa bawah dada, ada yang tak fully coverage dan support aset kita dan banyak lagi la problemnya.






Pemilihan bra ni penting ye untuk mak mak yang menyusukan baby ni. Sebabnya kita mestila nak pastikan bentuk aset tu masih elok terletak. Once breastfeed baby memang potensi breast jatuh dan hilang shape asal. Itu yang pentingnya kita pilih bra yang elok dan sesuai.

Yer. Aku sangatlah cerewet ye bab nak beli dan pakai nursing bra ni ok. Boleh buat gaduh marah dia kadang tu kalau tak selesa. Sampai la satu hari tu aku search "Comfy Nursing Bra" dan result show for Mamaway Maternity and Nursing Bra. Bila baca review, terus wow! Amazingnya! Jadi tertarik nak cuba.

Every Stage Maternity Bra - Pregnancy | Breastfeeding | Beyond. 

Gitu.




Kenapa aku cakap Mamaway Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity and Nursing Bra ni menarik? Sebab bra ni sesuai untuk Prenatal dan Postnatal even after complete breastfeeding juga. Kan jimat tu tak payah beli asing special untuk time pregnant, time breastfeeding dan after breastfeeding.




Why? (Features)

Material and Antibacterial - Germ-Free, Odour-Free
1. Material Mamaway Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity and Nursing Bra ni diperbuat dari Mesh lining fabric yang bersifat lembut, sejuk, antibacterial dan menyerap peluh. 
2. So technically bra ni germ-free sebab tak mudah berbau kepam peluh.
3. Dan jika berpeluh pun, peluh tu cepat kering dan memberi keselesaan masa kita pakai bra ni.




Ultra Breathable
1. Reka bentuk cup bra yang membantu peredaran udara (tidak kepam) agar kita tetap sejuk dan selesa sepanjang hari.
2. Breathable fabric material membantu memberi keselesaan terutamanya semasa pregnancy sebab masa pregnant body temperature kita lebih tinggi dari keadaan normal.

Ultra Light Design and Wireless - Super Comfy
1. Design bra yang ultra light akan membuatkan kita feel like you're wearing nothing. (hehehe)
2. Aku paling tak suka bra ada wire. Dan mesti akan cabut la for sure. Fake benar ada wire ada padding tebal. Haha. So this bra Wireless.
3. Sebab kalau ada wire, wire tu akan menyebabkan ketidakselesaan dan sakit bila terkena dekat breast tissue. 




Expandable Band and Cups - Super Stretch
1. Super Stretchy : Yang buat aku tertarik nak cuba Mamaway Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity and Nursing Bra sebab dia mempunyai expandable band and Cups yang boleh stretches up to 3 cups (Seamless High Stretch Weave).
2. Pregnancy to Feeding : So that bra ni sesuai dari pregnancy (breast usually akan membesar masa pregnancy) dan semasa breastfeeding (engorgement).
3. Therefore we can conclude that this bra is Every stage bra - Pregnancy, Postpartum, Breastfeeding and after breastfeeding. Both the band and the cups leave space for your transforming body.
4. Nak menyusu baby pun senang sebab ada clips on top yang senang untuk detach dan pasang semula dengan sebelah tangan je.






Sewn-In Padding
1. Padding bra ni sangat lembut dan dijahit sekali dengan bra so that tak ada la issue padding bra teralih dan terkeluar. Jimat masa dekat situ tak payah nak betulkan padding tu setiap kali lepas basuh.
2. Sumpah selesa pakai bra ni sebab padding ni sangat la lembut dan elok je terletak shape dia.




Stabilize and Shape - Extra Flexibility
1. Mamaway Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity and Nursing Bra ni ada 4 rows of hook and eye plus ballet back design. So dengan adanya 4 row hook ni dapat bagi extra flexibility dan keselesaan untuk badan kita yang berubah bentuk masa pregnancy dan menyusu.
2. So kita tak perlu beli extra extender yang nanti tah mana-mana hilang dan tertanggal. Susah nak jaga.




Defy Gravity - Lift Up and Gather
1. Bra ni dapat memberikan fully support dekat breast kita (bersifat anti-sagging) sebab mempunyai wide straps and high panels.
2. This higher side panels is to ensure that to maintain an attractive bustline and shape.
3. So kita tak la rasa sesak dan sempit bila engorgement. Sebab bra ni dah adequate support and prevent saggy breasts.






How to choose the correct size?
Korang kena check bebetul tau size sebelum beli bra ni. Ikut je arahan yang diberikan so nanti korang akan dapat beli bra yang sesuai dengan korang.





Available Colors




Care Instructions
Warning!
Detergent : Neutral detergent
Water temperature : Below 30 °C

To wash: 
Hand wash recommended. Gently rub both cups together. Clean edges and wire with a clean tooth brush. For machine wash, use a bra bag. Do not tumble dry.

To dry: 
Hand wring cups dry and reshape. Pin the under wire with a peg to hang dry. Avoid direct sunlight.




Mamaway
Mamaway Maternity provides a very wide range of products that cover every step of the way from pregnancy, recovery, breastfeeding and beyond.
Mamaway supports mums’ every step of the way with helpful tools, advice and encouragement, so mums can leap into Motherhood with confidence.
Made for mums, made by mums.




For More Informations
Official Website : click here
Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity and Nursing Bra : click here
Facebook : click here
Instagram : click here
Instagram IGTV : click here
YouTube : click here



Kindly use this Promo Code MAMABLOG-HUDA to enjoy RM25 off for purchase over RM200 upon checkout!


#mamaway  #lovemamaway 

Viewing all 113 articles
Browse latest View live


Latest Images