Assalamualaikum semua!
Alright. Hari ni aku nak update cerita makan lunch kitorang 9hb December hari tu. Bab makan memang boleh serah dekat aku. HAHA. Kalau aku tak habiskan, husband aku akan tolong habiskan. Tapi so far memang dedua orang kuat makan. Kitorang pun suka food hunting cari tempat makan best dekat Kuala Lumpur dengan Selangor ni.
So, alkisahnya hari tu kitorang makan dekat INDOBOWL CAFE at Lake Fields Sungai Besi. First time tau yang Indomie ada restaurant/cafe khas untuk yang buat makanan dari Indomie.
Konsep restaurant ni Indonesian Street Food yang based on Indomie. Teringat zaman belajar dulu or order dekat makan sure order Indomie Telur mata. Tapi yang special kat Indobowl Cafe ni, ada macam macam jenis menu yang ada dan diorang served dengan sambal hijau or sambal merah. Memang terbaik la pedas dia!
Yes. Restaurant ni self service. Menu dah terletak dekat atas meja. Pilih menu yang korang nak dan order di kaunter dan terus bayar. Tak lama lepas tu tingg makanan sampai dihidangkan. Dan boleh makan.
Meh nak share menu yang kitorang makan hari tu. Perghhh marvelous tau. Serious jumaat tu aku repeat dengan officemate pulak. Diorang pun suka tak terkata dan siap plan untuk next trip to Indobowl lagi untuk makannnnnn.
![]() |
Dari atas kiri : Indomie Iga, Indomie Cheese Chicken chop Dari bawah kiri : Indomie Salted Egg Chicken, Nasi Goreng Giler |
![]() |
Dari atas kiri : Soda Gembira, Es Cendol, Chicken Satay Dari bawah kiri : Ropang Cheese, Ropang Coklat Keju |
Ok sure ada yang pelik. Meh nak share sikit knowledge walaupun kita tengah makan.
Apa tu IGA. Iga tu bahagian daging lembu dekat rusuk lembu. Iga ni bahasa Indonesia untuk bahagian rusuk aka ribs. Sumpah sedapppp weh!
Ropang pulak shortform untuk Roti Panggang. (Ro)ti (Pang)gang. Jadi la namanya ropang. Sedap betul Ropang Coklat Keju tu.
Tadi tu aku share gambar combine empat. Meh nak share full view gambar dari angle atas bagi korang terliur banyakkkk lepas tengok gambar ni.
![]() |
Temptingnya tengok gambar ni balikk |
![]() |
Dah tak sabar nak makan sebenarnya ni. |
By the way, aku suka decoration dan interior dekat Indobowl Cafe ni. Edit sikit gambar guna Adobe Lightroom, wallahh cantik nyaaaa. I love to use my imagination masa masuk sesatu kedai tu untuk ambil angle gambar sebelum edit.
![]() |
Dekat rak ni ada jual Indomie dan wafer |
Untuk info korang, Indobowl ada dua branch. Satu dekat Lake Fields Sungai Besi dan lagi satu dekat SS15.
INDOBOWL KL
72, Jln Tasik Utama 7, Lake Fields
Sungai Besi, 57000 KL
INDOBOWL SS15
66, Jalan SS 15/4C, SS15
47500 Subang Jaya
OPERATING HOURS
Mon–Sun: 10.30am–10pm
Website : Indobowl Cafe
Facebook : Indobowl Cafe
Instagram : Indobowl Cafe
Of course kena ada gambar kitorang berempat yang suka makan ni. Jangan lupa singgah Indobowl tau.
Thank you.
Love,
Huda